Pages

Lazada Malaysia

Wednesday, July 2, 2014

YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)

PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS BAGI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DAN DIPLOMA DI UNIVERSITI / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN SESI 2014/2015



Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) bagi mengikuti pengajian di peringkat:
Ø  Ijazah Pertama / Diploma / Sijil di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 
Ø  Ijazah / Diploma di UNISZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah)
Ø  Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)


KELAYAKAN
i)              Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan.
ii)             Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan (IPTA sahaja).
iii)            Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
iv)           Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.


CARA MEMOHON
i)            Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM2.00 secara tunai. 
ii)             Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM2.00.
iii)            Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut:

PENGARAH
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
Tel: 09-7483213/7446127                     

- En. Mohamad Fakry b. Dato’ Dr Hj Zainuddin
- En. Mohd Rosli b. Junoh
Pn. Rosseinni bt. Mohd Yusoff
- Pn. Wan Faridah bt Wan Mamat
- En. Ibnu Sina b. Osman


PERMOHONAN DIBUKA
Permohonan adalah dibuka pada 01.06.2014 (Ahad).

SIJIL DAN DIPLOMA      
Permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan sebelum @ pada 15.07.2014. 

IJAZAH PERTAMA
Permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan sebelum @ pada 30.09.2014.

PERINGATAN
Ø  Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas tidak akan dilayan.
Ø  Hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan diberitahu.

No comments:

Post a Comment