Pages

Lazada Malaysia

Monday, July 28, 2014

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI  SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2014



Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor danPinjaman Pelajaran Tenaga Mahir "Fast Track" bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua Tahun 2014 pada 1 Ogos 2014 (Jumaat).


SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :

PERKARA
KETERANGAN




KELAHIRAN
·         PEMOHON lahir di Negeri Selangor; atau 

·         IBU atau BAPA pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

·         Pemohon telah BERMASTAUTIN lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

PERINGKAT PENGAJIAN
·         Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja. (Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) tidak layak memohon);


PENAJAAN
·         Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja;

·         Pemohon TIDAK BEKERJA dan tidak mempuntai sebarang pendapatan tetap;

PENCAPAIAN AKADEMIK

·         Pemohon yang memperolehi PENCAPAIAN AKADEMIK yang baik akan diberi keutamaan;

TAHUN PENGAJIAN
·         Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN atau diberi tempoh pelanjutan pengajian.


Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akedemik seperti berikut :


Peringkat Pengajian
Kelayakan Akademik





Ijazah Pertama
·         Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50ke atas; atau

·         Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) GRED Cdalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

·         Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSTAM.


Diploma
·         Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujiandalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau

·         Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Sijil (IPTA)
·         Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
·         Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.


TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN

Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i)         Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) / Institusi Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).


(ii)        Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.


KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKAN

Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Peringkat Pengajian
Kadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah (Perubatan)
RM7,000.00
Ijazah (Lain-lain)
RM6,500.00
Diploma
RM4,900.00
Sijil
RM4,000.00

Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan.


PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN

1.    Pemohon dikehendaki melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaranhttp://tkwbns.selangor.gov.my.

2.    Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

3.    Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak (print) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

4.    Pemohon dikehendaki menyertakan semua salinan lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan dengan menandakan (√) pada kotak berkaitan.

5.    Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan (Kumpulan A / Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar sahaja) manakalaSurat Pengesahan Mastautin (jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Selangor) &Surat Pengesahan Pendapatan (jika ibu bapa tidak bekerja/pesara/bekerja sendiri)hendaklah diperakukan oleh ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung sahaja.

6.    Borang permohonan yang telah dicetak (print) beserta semua salinan dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbiran ini.

7.    Borang permohonan yang gagal diisi dengan lengkap atau tidak disertakan dengan salinan dokumen yang diperlukan tidak akan dipertimbangkan.

8.    Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor ataupun laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan.


SENARAI LAMPIRAN DOKUMEN PERMOHONAN


i.
Sijil Kelahiran
·         Salinan SIJIL KELAHIRAN Pemohon;





ii.





Kad Pengenalan
·         Salinan KAD PENGENALAN Pemohon;

·         Salinan KAD PENGENALAN Ibu/Bapa Pemohon (bagi pemohon bukan lahir di Negeri Selangor sahaja);

·         Surat PENGESAHAN MASTAUTINdaripada ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung (bagi pemohon/ibu bapa bukan lahir di Negeri Selangor sahaja);

iii.

Surat Tawaran
·         Salinan SURAT TAWARAN KEMASUKAN dari Universiti/Institusi Pengajian;

iv.

Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
·         Salinan SIJIL BERHENTI SEKOLAH danSURAT AKUAN (testimonial) (bagi pemohon kemasukan baru melalui SPM/SPMV/STAM/STPM sahaja);




v.




Keputusan Peperiksaan
·         Salinan Keputusan PeperiksaanSPM/SPMV/STAM/STPM; atau

·         Salinan keputusan DIPLOMA /MATRIKULASI/ASASI (jika berkenaan); atau

·         Salinan KEPUTUSAN PEPERIKSAANbagi setiap Tahun Akademik/Semester Pengajian (bagi pemohon selain dari kemasukan baru/tahun pertama);




vi.




Pendapatan
·         Salinan PENYATA PENDAPATAN /PENYATA KWSP/SLIP GAJI Ibu bapa/Penjaga Pemohon (jika masih bekerja);atau

·         SURAT PERAKUAN PENDAPATAN (jika bekerja sendiri/tidak bekerja) KAD PESARA & PENYATA BAYARAN PENCEN (Jika pesara Kerajaan).


PROSEDUR PERMOHONAN

1.    Permohonan adalah secara atas talian/online sahaja.

2.    Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor seperti berikut bagi tujuan permohonan:


Sekiranya memerlukan informasi tambahan hubungi:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


-       Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
-       Pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Pinajaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
-       Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan boleh disemak melalui web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my.  dan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor http://www.selangor.gov.my.


Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangorhttp://tkwbns.selangor.gov.my


Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Ogos 2014 (Jumaat)

No comments:

Post a Comment